LATAR BELAKANG SUKAN FUTSAL
SEJARAH DAN
PERKEMBANGAN
Futsal
dipopularkan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930 oleh Juan Carlos Ceriani.
Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di
Brazil. Keunikan yang ada pada permainan
ini dapat dilihat dengan gaya pemain terkenal dunia dengan kemahiran yang
menarik seperti Kaka, Ronaldinho, Robinho dan ramai lagi. Brazil terus menjadi
pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah perlindungan
Fédération Internationale de Football Association di seluruh dunia, dari Eropah
hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia dan Oceania. Sukan
FUTSAL adalah permainan yang merupakan pecahan daripada sukan bola sepak. Ianya
mula dimainkan tanpa format pada penghujung 1980-an di Brazil.
Ketika
itu, sukan bola sepak merupakan sukan yang dianggap sebagai satu ideology dan
dianggap sebagai Tuhan ke-2 ketika era tersebut. Bandar Rio De Janeiro di Brazil
amat pesat membangun dengan kapasiti penduduk yang melebihi kadar kependudukan
optimum Negara Brazil. Bandaraya Rio De Janeiro merupakan ibukota Brazil dan
masyarakat di kota tersebut bermain bola sepak di mana-mana sahaja tempat yang
sesuai seperti di sepanjang pantai Brazil yang kebiasaannya mereka bermain di
padang yang terbuka sehinggalah padang permainan semakin berkurangan atas sebab
pembangunan.
Lantas,
beberapa anak muda mendapati dewan-dewan tertutup jarang digunakan dan
memberikan peluang untuk mereka bermain bola sepak di dalam dewan tersebut.
Secara tidak langsung ia menjadi ikutan di beberapa tempat lain di Brazil
sehingga mereka mula mengadakan perlawanan secara persahabatan dan
pertandingan. Semenjak itulah mereka memajukan permainan ini dengan peraturan
dan cara yang agak berbeza sedikit berbanding dengan bola sepak di padang.
Akhirnya mereka menggelar permainan itu dengan panggilan ‘FUTSAL’ yang
bermaksud fut=futbol (bolasepak dalam bahasa Brazil) sal=sallon (dewan tertutup
dalam bahasa Brazil).
Pertandingan
peringkat antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai
Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya
diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara dimenangi Brazil.
Brazil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun
1980 dan berikutnya pada tahun pada 1984. Kejuaraan Dunia Futsal pertama
diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggotaanggotanya bergabung dengan FIFA
pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brazil,1982, berakhir dengan Brazil sebagai
juara. Brazil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di
Sepanyol, tetapi tewas kepada Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga pada tahun
1988 di Australia. Penubuhan unit futsal bermula di Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM) pada tahun 2000 yang diketuai oleh Encik Jey Singh Mutthiah
dengan jurulatih pertama skuad futsal Malaysia ialah Encik Bhawandi Hiralal.
Permainan ini mula
diminati terutamanya di Lembah Klang pada tahun 2001 apabila Sports Planet mula
beroperasi di Sunway dan Shah Alam. Kemudian, permainan ini terus berkembang
dengan pesat di negeri-negeri lain sehingga kini selari dengan perkembangan
‘Street Soccer’. Dengan adanya pusat-pusat permainan futsal ini di beberapa
lokasi strategik menjadikan sukan ini semakin popular terutama dikalangan
remaja dan belia. Justeru, ramai penganjur kejohanan mengambil kesempatan
mengadakan pertandingan baik secara tertutup mahupun bersifat terbuka. Perkembangan
ini semakin meluas dengan penubuhan unit atau jawatankuasa Futsal Persatuan
Bola Sepak Negeri. Pihak Kementerian Belia dan Sukan turut membantu
perkembangan ini dengan membina gelanggang futsal di setiap parlimen seluruh
Malaysia mulai tahun 2010.
PERATURAN
DAN UNDANG-UNDANG FUTSAL
1. PADANG PERMAINAN
Panjang: Lebar :
Minimum 25 m Minimum 15 m
Maksimum 42 m Maksimum 25 m
2. BOLA
Bentuk : Sfera
Bahan : Kulit
Lilitan : 62 – 64 cm
Berat : 400 – 440 g pada permulaan permainan
Tekanan
Angin : 0.4 – 0.6 atmosfera.
3. BILANGAN PEMAIN
Setiap pasukan tidak
boleh melebihi LIMA(5) pemain. Seorang daripadanya mesti menjadi penjaga gol.
Penggantian tidak lebih 7 orang. Tiada had penggantian dan penggantian mesti
melalui zonnya. Pemain
diganti mesti keluar sebelum pengganti boleh masuk
ke gelanggang. Jika kesalahan berlaku pemain berkenaan diberi kad kuning. Jika pasukan
mempunyai kurang dari 3 pemain, permainan ditangguhkan.
4. ALATAN PEMAIN
Peralatan asas yang diwajibkan ialah:
• jersi atau baju,
• seluar pendek – jika seluar dalam ‘thermal’
digunakan, warnanya
hendaklah sama dengan warna utama seluar pendek.
• stokin
• shinguard
• alas kaki - hanya alas kaki yang diperbuat
daripada ‘canvas’ atau kasut
latihan dari kulit yang lembut atau kasut jimnastik
yang bertapak
getah atau bahan-bahan yang sama dibenarkan.
Pemakaian alas
kaki adalah diwajibkan.
5. PENGADIL
Setiap perlawanan
dikawal oleh seorang Pengadil yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan
Undang-undang Permainan berkaitan dengan perlawanan yang dia ditugaskan itu,
dari mula dia masuk ke persekitaran di mana gelanggang itu ditetapkan sehingga
dia keluar.
6. PENGADIL KEDUA
Seorang Pengadil
Kedua hendaklah dilantik untuk bertugas di sebelah gelanggang yang bertentangan
dengan Pengadil. Dia dibenarkan untuk menggunakan wisel. Pengadil Kedua
membantu pengadil untuk mengawal perlawanan mengikut Undang-undang Permainan.
7. PENJAGA MASA DAN PENGADIL KETIGA
Seorang Penjaga Masa
dan Pengadil Ketiga hendaklah dilantik. Mereka ditempatkan di luar gelanggang
permainan pada pertengahan garisan tepi di sebelahan yang sama dengan zon
penggantian. Penjaga Masa dan Pengadil Ketiga itu dilengkapkan dengan jam
(randik) yang sesuai dan peralatan yang perlu untuk menunjukkan
kesalahan-kesalahan terkumpul, yang dibekalkan oleh persatuan atau kelab di
mana gelanggang itu dimainkan.
8. JANGKAMASA PERMAINAN
Dua separuh masa
selama 20 minit dan masa rehat tidak melebihi 15 minit. Masa dijaga oleh
penjaga masa dan masa boleh dilanjutkan. Masa ‘time out’ adalah 1 minit setiap
separuh masa. ‘Time out’ dibenarkan apabila pasukan mempunyai hak bola dan
pemain berada di dalam gelanggang.
9. PERMULAAN DAN MEMULAKAN SEMULA PERMAINAN
Pilihan tempat sepak
mula hendaklah ditentukan dengan lentingan syiling. Pasukan yang menang
lentingan berhak membuat pilihan tempat untuk diserang pasukannya. Pasukan
lawan akan memilih sepak mula perlawanan. Pasukan yang menang lentingan syiling
membuat sepak mula pada separuh masa kedua perlawanan. Dalam separuh masa
kedua, kedua-dua pasukan bertukar tempat menyerang gol yang bertentangan.
10. BOLA DI DALAM DAN DI LUAR PERMAINAN
Di luar Permainan
• Keseluruhan bola melintasi garisan tepi/gol
• Permainan diberhentikan oleh pengadil
• Bola terkena bumbung (sepakan ke dalam) Bola Di
Dalam Permainan
• Melantun dari tiang / palang gol
• Melantun dari pengadil yang berada di dalam
gelanggang permainan
11. CARA MENENTUKAN JARINGAN
Kecuali terdapatnya
peruntukan lain di dalam undang-undang ini, gol dijaringkan apabila keseluruhan
bola telah melintasi garisan gol, di antara kedua-dua tiang gol dan di bawah
palang gol kecuali bola itu telah dilontar, dibawa atau sengaja dikuis dengan
tangan atau lengan oleh seorang pemain pasukan menyerang, termasuk penjaga gol.
sangat menarik...heheh
ReplyDelete