Tuesday, May 28, 2013

Futsal (Bahagian 2)


12. KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN

Sepakan Percuma Terus
Sama seperti permainan bola biasa. Sebarang rempuhan tidak dibenarkan. Semua kesalahan sepakan percuma terus dikira sebagai KESALAHAN TERKUMPUL.

Sepakan Percuma Tidak Terus
Suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika penjaga gol melakukan salah satu dari kesalahan-kesalahan berikut:
• setelah melepaskan bola dari kawalannya, dia menerima semula bola yang disepak oleh rakannya, tanpa bola terlebih dahulu melepasi garisan tengah atau dimainkan oleh pemain pasukan lawan
• menyentuh atau mengawal bola dengan tangannya setelah ia disepak dengan sengaja kepadanya oleh rakannya
• menyentuh atau mengawal bola dengan tangannya setelah ia menerima bola terus dari suatu sepakan ke dalam oleh rakannya
• menyentuh atau mengawal bola dengan tangan atau kakinya lebih dari empat saat, di mana-mana bahagian gelanggang, kecuali ia menyentuh bola di separuh bahagian gelanggang pasukan lawan Suatu sepakan percuma tidak terus juga diberi kepada pasukan lawan, dan dibuat di tempat kesalahan, jika, pada pendapat pengadil, seorang pemain
• bermain dengan cara berbahaya
• apabila tidak memainkan bola, dengan sengaja menghalang pergerakan pemain lawan
• menghalang penjaga gol untuk melepaskan bola dari tangannya
• melakukan mana-mana kesalahan lain, tidak disebut di dalam Undangundang 12 di atas, di mana permainan diberhentikan untuk member amaran atau perintah keluar seseorang pemain

13. SEPAKAN PERCUMA
Sepakan percuma adalah sama ada terus atau tidak terus. Untuk kedua-dua sepakan itu bola hendaklah tidak bergerak semasa sepakan percuma dibuat, dan penyepak tidak boleh memainkan bola itu kali kedua sehingga bola disentuh atau dimainkan oleh pemain lain.

Sepakan Percuma Terus
Jika dari suatu sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol pasukan lawan, gol dikira
Sepakan Percuma Tidak Terus
Suatu gol boleh dijaringkan hanya apabila bola itu telah dimainkan atau disentuh oleh seorang pemain lain sebelum bola masuk ke dalam gol

14. KESALAHAN TERKUMPUL
Kesalahan-kesalahan terkumpul
Kesalahan yang dihukum dengan satu sepakan percuma terus tercatat di dalam Undang-Undang 12. Lima kesalahan pertama yang terkumpul oleh setiap pasukan pada setiap
separuh masa dan dicatatkan di dalam catatan perlawanan.

Kedudukan Sepakan Percuma
Untuk lima kesalahan terkumpul yang pertama yang dicatatkan oleh manamana pasukan di dalam setiap separuh masa: Pemain pasukan lawan boleh membentuk benteng untuk mempertahankan sepakan percuma itu. Semua pemain lawan berada sekurang-kurangnya lima meter dari bola sehingga ia di dalam permainan. Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan ini. Bermula dengan kesalahan terkumpul yang ke-6 yang dicatatkan oleh manamana pasukan di dalam setiap separuh masa:

• Pemain pasukan lawan tidak boleh membentuk benteng untuk
mempertahankan sepakan percuma itu.
• Pemain yang membuat sepakan hendaklah dikenal pasti.
• Penjaga gol mesti berada di dalam kawasan penaltinya dan sekurangkurangnya lima meter dari bola.
• Semua pemain lawan di dalam gelanggang hendaklah berada di belakang garisan bayangan yang selari dengan garisan gol, dan di luar kawasan penalti. Mereka mestilah berada lima meter dari bola dan tidak boleh menghalang pemain yang membuat sepakan itu. Tiada pemain dibenarkan melepasi garisan bayangan itu sehingga bola berada di dalam permainan.

15. SEPAKAN PENALTI
Satu sepakan penalti diberi terhadap sesuatu pasukan yang melakukan mana-mana kesalahan di dalam kawasan penaltinya yang dihukumkan dengan satu sepakan percuma terus, semasa bola di dalam permainan. Gol boleh dijaringkan terus dari satu sepakan penalti. Masa hendaklah dilanjutkan untuk suatu sepakan penalti dibuat pada penghujung masa setiap separuh masa atau pada penghujung setiap separuh masa tambahan.

16. SEPAKAN KE DALAM
Sepakan ke dalam adalah suatu tatacara untuk memulakan semula permainan. Gol tidak boleh dijaringkan terus dari sepakan ke dalam. Sepakan ke dalam diberi:

• Apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi, sama ada di tanah atau di udara, atau terkena siling
• dari tempat di mana bola melintasi garisan tepi
• kepada lawan pemain yang akhir sekali menyentuh bola itu

17. PENGHANTARAN GOL
Hantaran gol ialah satu cara untuk memulakan semula permainan. Gol tidakboleh dijaringkan terus dari hantaran gol. Hantaran gol diberi apabila:

• keseluruhan bola melintasi garisan gol, setelah disentuh oleh pemain dari pasukan penyerang sama ada di udara atau di tanah, dan suatu gol tidak dijaringkan mengikut Undangundang 11.

Prosedur
• bola dibaling dari mana-mana kawasan penaltinya oleh penjaga gol pasukan bertahan
• pemain lawan berada di luar kawasan penalti sehingga bola di dalam permainan
• penjaga gol tidak memainkan bola kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain
• bola di dalam permainan sebaik saja ia dibaling melepasi kawasan penalti tersebut.

18. SEPAKAN PENJURU
Sepakan penjuru ialah satu cara untuk memulakan semula permainan. Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penjuru, tetapi hanya terhadap pasukan lawan. Sepakan penjuru diberi apabila:

• keseluruhan bola melintasi garisan gol, akhir sekali disentuh oleh pemain bertahan sama ada di tanah atau di udara dan satu gol tidak dijaringkan menurut Undang-undang 11.

Prosedur
• Bola diletakkan tepat pada bahagian dalam lengkuk penjuru yang paling hampir
• Pemain lawan hendaklah berada tidak kurang 5 meter dari bola sehingga bola didalam permainan
• Bola disepak oleh pemain pasukan menyerang
• Bola berada di permainan sebaik saja disepak atau disentuh
• Pemain yang membuat sepakan itu tidak boleh memainkan bola kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain.

PENGELOLAAN KEJOHANAN / SISTEM PERTANDINGAN

1. Pertandingan Kalah Mati
Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

a. Kelebihan
• Boleh dijalankan dalam masa yang singkat;
• Cepat memilih pemenang;
• Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad;
• Seronok untuk ditonton; dan
• Penyertaan ramai.

b. Kelemahan
• Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik;
• Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama; dan
• Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan yang kalah langsung tiada peluang bermain.
Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu (bye). Bilangan menunggu (bye) dalam system pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan
seterusnya.

Contoh 7 pasukan yang bertanding. Angka yang lebih dari 7 ialah 8. Maka 8 tolak 7 ialah 1. Ini bermakna ada 1 pasukan menunggu (bye). Carta untuk system kalah mati ialah seperti berikut:

2. Pertandingan Liga
Merupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan sekiranya pertandingan itu bertujuan memilih pasukan yang terbaik. Perkara-pekara yang perlu diambil perhatian :
a. Masa yang mencukupi;
b. Kewangan yang ada;
c. Bilangan Pengadil; dan
d. Kemudahan dan peralatan yang ada.
Pertandingan boleh dijalankan dalam
a. Liga satu pusingan ( Contoh 5 Pasukan A, B, C, D, E ) ; dan
b. Liga berkumpulan; (Contoh : 3 pasukan sekumpulan



No comments:

Post a Comment