12. KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN
Sepakan Percuma Terus
Sama seperti
permainan bola biasa. Sebarang rempuhan tidak dibenarkan. Semua kesalahan
sepakan percuma terus dikira sebagai KESALAHAN TERKUMPUL.
Sepakan Percuma Tidak Terus
Suatu sepakan
percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika penjaga gol melakukan
salah satu dari kesalahan-kesalahan berikut:
• setelah melepaskan bola dari kawalannya, dia
menerima semula bola yang disepak oleh rakannya, tanpa bola terlebih dahulu
melepasi garisan tengah atau dimainkan oleh pemain pasukan lawan
• menyentuh atau mengawal bola dengan tangannya
setelah ia disepak dengan sengaja kepadanya oleh rakannya
• menyentuh atau mengawal bola dengan tangannya
setelah ia menerima bola terus dari suatu sepakan ke dalam oleh rakannya
• menyentuh atau mengawal bola dengan tangan atau
kakinya lebih dari empat saat, di mana-mana bahagian gelanggang, kecuali ia menyentuh
bola di separuh bahagian gelanggang pasukan lawan Suatu sepakan percuma tidak
terus juga diberi kepada pasukan lawan, dan dibuat di tempat kesalahan, jika,
pada pendapat pengadil, seorang pemain
• bermain dengan cara berbahaya
• apabila tidak memainkan bola, dengan sengaja
menghalang pergerakan pemain lawan
• menghalang penjaga gol untuk melepaskan bola dari
tangannya
• melakukan mana-mana kesalahan lain, tidak disebut
di dalam Undangundang 12 di atas, di mana permainan diberhentikan untuk member amaran
atau perintah keluar seseorang pemain
13. SEPAKAN PERCUMA
Sepakan percuma
adalah sama ada terus atau tidak terus. Untuk kedua-dua sepakan itu bola
hendaklah tidak bergerak semasa sepakan percuma dibuat, dan penyepak tidak
boleh memainkan bola itu kali kedua sehingga bola disentuh atau dimainkan oleh
pemain lain.
Sepakan Percuma Terus
Jika dari suatu sepakan percuma terus, bola disepak
terus ke dalam gol pasukan lawan, gol dikira
Sepakan Percuma Tidak Terus
Suatu gol boleh dijaringkan hanya apabila bola itu
telah dimainkan atau disentuh oleh seorang pemain lain sebelum bola masuk ke
dalam gol
14. KESALAHAN TERKUMPUL
Kesalahan-kesalahan terkumpul
Kesalahan yang
dihukum dengan satu sepakan percuma terus tercatat di dalam Undang-Undang 12. Lima
kesalahan pertama yang terkumpul oleh setiap pasukan pada setiap
separuh masa dan dicatatkan di dalam catatan
perlawanan.
Kedudukan Sepakan Percuma
Untuk lima kesalahan terkumpul yang pertama yang
dicatatkan oleh manamana pasukan di dalam setiap separuh masa: Pemain pasukan
lawan boleh membentuk benteng untuk mempertahankan sepakan percuma itu. Semua
pemain lawan berada sekurang-kurangnya lima meter dari bola sehingga ia di
dalam permainan. Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan ini. Bermula dengan
kesalahan terkumpul yang ke-6 yang dicatatkan oleh manamana pasukan di dalam
setiap separuh masa:
• Pemain pasukan lawan tidak boleh membentuk
benteng untuk
mempertahankan sepakan percuma itu.
• Pemain yang membuat sepakan hendaklah dikenal
pasti.
• Penjaga gol mesti berada di dalam kawasan
penaltinya dan sekurangkurangnya lima meter dari bola.
• Semua pemain lawan di dalam gelanggang hendaklah
berada di belakang garisan bayangan yang selari dengan garisan gol, dan di luar
kawasan penalti. Mereka mestilah berada lima meter dari bola dan tidak boleh menghalang
pemain yang membuat sepakan itu. Tiada pemain dibenarkan melepasi garisan
bayangan itu sehingga bola berada di dalam permainan.
15. SEPAKAN PENALTI
Satu sepakan penalti
diberi terhadap sesuatu pasukan yang melakukan mana-mana kesalahan di dalam
kawasan penaltinya yang dihukumkan dengan satu sepakan percuma terus, semasa
bola di dalam permainan. Gol boleh dijaringkan terus dari satu sepakan penalti.
Masa hendaklah dilanjutkan untuk suatu sepakan penalti dibuat pada penghujung
masa setiap separuh masa atau pada penghujung setiap separuh masa tambahan.
16. SEPAKAN KE DALAM
Sepakan ke dalam
adalah suatu tatacara untuk memulakan semula permainan. Gol tidak boleh
dijaringkan terus dari sepakan ke dalam. Sepakan ke dalam diberi:
• Apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi,
sama ada di tanah atau di udara, atau terkena siling
• dari tempat di mana bola melintasi garisan tepi
• kepada lawan pemain yang akhir sekali menyentuh
bola itu
17. PENGHANTARAN GOL
Hantaran gol ialah
satu cara untuk memulakan semula permainan. Gol tidakboleh dijaringkan terus
dari hantaran gol. Hantaran gol diberi apabila:
• keseluruhan bola melintasi garisan gol, setelah
disentuh oleh pemain dari pasukan penyerang sama ada di udara atau di tanah,
dan suatu gol tidak dijaringkan mengikut Undangundang 11.
Prosedur
• bola dibaling dari mana-mana kawasan penaltinya
oleh penjaga gol pasukan bertahan
• pemain lawan berada di luar kawasan penalti
sehingga bola di dalam permainan
• penjaga gol tidak memainkan bola kali kedua
sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain
• bola di dalam permainan sebaik saja ia dibaling
melepasi kawasan penalti tersebut.
18. SEPAKAN PENJURU
Sepakan penjuru ialah satu cara untuk memulakan
semula permainan. Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penjuru, tetapi
hanya terhadap pasukan lawan. Sepakan penjuru diberi apabila:
• keseluruhan bola melintasi garisan gol, akhir
sekali disentuh oleh pemain bertahan sama ada di tanah atau di udara dan satu
gol tidak dijaringkan menurut Undang-undang 11.
Prosedur
• Bola diletakkan tepat pada bahagian dalam lengkuk
penjuru yang paling hampir
• Pemain lawan hendaklah berada tidak kurang 5
meter dari bola sehingga bola didalam permainan
• Bola disepak oleh pemain pasukan menyerang
• Bola berada di permainan sebaik saja disepak atau
disentuh
• Pemain yang membuat sepakan itu tidak boleh
memainkan bola kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain.
PENGELOLAAN
KEJOHANAN / SISTEM PERTANDINGAN
1. Pertandingan Kalah Mati
Pertandingan cara
ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding
manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai dalam
mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan
masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem
ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau
peserta.
a. Kelebihan
• Boleh dijalankan dalam masa yang singkat;
• Cepat memilih pemenang;
• Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad;
• Seronok untuk ditonton; dan
• Penyertaan ramai.
b. Kelemahan
• Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang
benar-benar terbaik;
• Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan
pertama; dan
• Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan
yang kalah langsung tiada peluang bermain.
Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu
(bye). Bilangan menunggu (bye) dalam system pertandingan ini boleh dikira
dengan menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan
seterusnya.
Contoh 7 pasukan
yang bertanding. Angka yang lebih dari 7 ialah 8. Maka 8 tolak 7 ialah 1. Ini
bermakna ada 1 pasukan menunggu (bye). Carta untuk system kalah mati ialah
seperti berikut:
2. Pertandingan Liga
Merupakan
satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan sekiranya pertandingan itu
bertujuan memilih pasukan yang terbaik. Perkara-pekara yang perlu diambil
perhatian :
a. Masa yang mencukupi;
b. Kewangan yang ada;
c. Bilangan Pengadil; dan
d. Kemudahan dan peralatan yang ada.
Pertandingan boleh dijalankan dalam
a. Liga satu pusingan ( Contoh 5 Pasukan A, B, C,
D, E ) ; dan
b. Liga
berkumpulan; (Contoh : 3 pasukan sekumpulan