Tuesday, May 28, 2013

Futsal Peringkat Sek.Men


LATAR BELAKANG SUKAN FUTSAL
 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Futsal dipopularkan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930 oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil. Keunikan yang ada pada  permainan ini dapat dilihat dengan gaya pemain terkenal dunia dengan kemahiran yang menarik seperti Kaka, Ronaldinho, Robinho dan ramai lagi. Brazil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah perlindungan Fédération Internationale de Football Association di seluruh dunia, dari Eropah hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia dan Oceania. Sukan FUTSAL adalah permainan yang merupakan pecahan daripada sukan bola sepak. Ianya mula dimainkan tanpa format pada penghujung 1980-an di Brazil.
Ketika itu, sukan bola sepak merupakan sukan yang dianggap sebagai satu ideology dan dianggap sebagai Tuhan ke-2 ketika era tersebut. Bandar Rio De Janeiro di Brazil amat pesat membangun dengan kapasiti penduduk yang melebihi kadar kependudukan optimum Negara Brazil. Bandaraya Rio De Janeiro merupakan ibukota Brazil dan masyarakat di kota tersebut bermain bola sepak di mana-mana sahaja tempat yang sesuai seperti di sepanjang pantai Brazil yang kebiasaannya mereka bermain di padang yang terbuka sehinggalah padang permainan semakin berkurangan atas sebab pembangunan.
Lantas, beberapa anak muda mendapati dewan-dewan tertutup jarang digunakan dan memberikan peluang untuk mereka bermain bola sepak di dalam dewan tersebut. Secara tidak langsung ia menjadi ikutan di beberapa tempat lain di Brazil sehingga mereka mula mengadakan perlawanan secara persahabatan dan pertandingan. Semenjak itulah mereka memajukan permainan ini dengan peraturan dan cara yang agak berbeza sedikit berbanding dengan bola sepak di padang. Akhirnya mereka menggelar permainan itu dengan panggilan ‘FUTSAL’ yang bermaksud fut=futbol (bolasepak dalam bahasa Brazil) sal=sallon (dewan tertutup dalam bahasa Brazil).

Pertandingan peringkat antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara dimenangi Brazil. Brazil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan berikutnya pada tahun pada 1984. Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggotaanggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brazil,1982, berakhir dengan Brazil sebagai juara. Brazil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Sepanyol, tetapi tewas kepada Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga pada tahun 1988 di Australia. Penubuhan unit futsal bermula di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada tahun 2000 yang diketuai oleh Encik Jey Singh Mutthiah dengan jurulatih pertama skuad futsal Malaysia ialah Encik Bhawandi Hiralal.
Permainan ini mula diminati terutamanya di Lembah Klang pada tahun 2001 apabila Sports Planet mula beroperasi di Sunway dan Shah Alam. Kemudian, permainan ini terus berkembang dengan pesat di negeri-negeri lain sehingga kini selari dengan perkembangan ‘Street Soccer’. Dengan adanya pusat-pusat permainan futsal ini di beberapa lokasi strategik menjadikan sukan ini semakin popular terutama dikalangan remaja dan belia. Justeru, ramai penganjur kejohanan mengambil kesempatan mengadakan pertandingan baik secara tertutup mahupun bersifat terbuka. Perkembangan ini semakin meluas dengan penubuhan unit atau jawatankuasa Futsal Persatuan Bola Sepak Negeri. Pihak Kementerian Belia dan Sukan turut membantu perkembangan ini dengan membina gelanggang futsal di setiap parlimen seluruh Malaysia mulai tahun 2010.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG FUTSAL
1. PADANG PERMAINAN
Panjang: Lebar :
Minimum 25 m Minimum 15 m
Maksimum 42 m Maksimum 25 m

2. BOLA
Bentuk : Sfera
Bahan : Kulit
Lilitan : 62 – 64 cm
Berat : 400 – 440 g pada permulaan permainan
Tekanan Angin : 0.4 – 0.6 atmosfera.

3. BILANGAN PEMAIN
Setiap pasukan tidak boleh melebihi LIMA(5) pemain. Seorang daripadanya mesti menjadi penjaga gol. Penggantian tidak lebih 7 orang. Tiada had penggantian dan penggantian mesti melalui zonnya. Pemain
diganti mesti keluar sebelum pengganti boleh masuk ke gelanggang. Jika kesalahan berlaku pemain berkenaan diberi kad kuning. Jika pasukan mempunyai kurang dari 3 pemain, permainan ditangguhkan.

4. ALATAN PEMAIN
Peralatan asas yang diwajibkan ialah:
• jersi atau baju,
• seluar pendek – jika seluar dalam ‘thermal’ digunakan, warnanya
hendaklah sama dengan warna utama seluar pendek.
• stokin
• shinguard
• alas kaki - hanya alas kaki yang diperbuat daripada ‘canvas’ atau kasut
latihan dari kulit yang lembut atau kasut jimnastik yang bertapak
getah atau bahan-bahan yang sama dibenarkan. Pemakaian alas
kaki adalah diwajibkan.

5. PENGADIL
Setiap perlawanan dikawal oleh seorang Pengadil yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan Undang-undang Permainan berkaitan dengan perlawanan yang dia ditugaskan itu, dari mula dia masuk ke persekitaran di mana gelanggang itu ditetapkan sehingga dia keluar.

6. PENGADIL KEDUA
Seorang Pengadil Kedua hendaklah dilantik untuk bertugas di sebelah gelanggang yang bertentangan dengan Pengadil. Dia dibenarkan untuk menggunakan wisel. Pengadil Kedua membantu pengadil untuk mengawal perlawanan mengikut Undang-undang Permainan.
  
7. PENJAGA MASA DAN PENGADIL KETIGA
Seorang Penjaga Masa dan Pengadil Ketiga hendaklah dilantik. Mereka ditempatkan di luar gelanggang permainan pada pertengahan garisan tepi di sebelahan yang sama dengan zon penggantian. Penjaga Masa dan Pengadil Ketiga itu dilengkapkan dengan jam (randik) yang sesuai dan peralatan yang perlu untuk menunjukkan kesalahan-kesalahan terkumpul, yang dibekalkan oleh persatuan atau kelab di mana gelanggang itu dimainkan.
8. JANGKAMASA PERMAINAN
Dua separuh masa selama 20 minit dan masa rehat tidak melebihi 15 minit. Masa dijaga oleh penjaga masa dan masa boleh dilanjutkan. Masa ‘time out’ adalah 1 minit setiap separuh masa. ‘Time out’ dibenarkan apabila pasukan mempunyai hak bola dan pemain berada di dalam gelanggang.

9. PERMULAAN DAN MEMULAKAN SEMULA PERMAINAN
Pilihan tempat sepak mula hendaklah ditentukan dengan lentingan syiling. Pasukan yang menang lentingan berhak membuat pilihan tempat untuk diserang pasukannya. Pasukan lawan akan memilih sepak mula perlawanan. Pasukan yang menang lentingan syiling membuat sepak mula pada separuh masa kedua perlawanan. Dalam separuh masa kedua, kedua-dua pasukan bertukar tempat menyerang gol yang bertentangan.

10. BOLA DI DALAM DAN DI LUAR PERMAINAN
Di luar Permainan
• Keseluruhan bola melintasi garisan tepi/gol
• Permainan diberhentikan oleh pengadil
• Bola terkena bumbung (sepakan ke dalam) Bola Di Dalam Permainan
• Melantun dari tiang / palang gol
• Melantun dari pengadil yang berada di dalam gelanggang permainan

11. CARA MENENTUKAN JARINGAN
Kecuali terdapatnya peruntukan lain di dalam undang-undang ini, gol dijaringkan apabila keseluruhan bola telah melintasi garisan gol, di antara kedua-dua tiang gol dan di bawah palang gol kecuali bola itu telah dilontar, dibawa atau sengaja dikuis dengan tangan atau lengan oleh seorang pemain pasukan menyerang, termasuk penjaga gol.





1 comment: